Monday, May 14, 2007

Memorable Vacation II...

Pemandangan-Pemandangan Indah Di Langkawi..
(SHOT CANTIK by Mr. Norhakim & Ms. Marlina)..heheheh..


View at Padang Mat Sirat

Tanjung Rhu Beach

Tanjung Rhu

Sunset View..

Tanjung Rhu..

Atas katil..lepas penat&tido

Final Station of Cable Car

view on top of cable car..



Eagle Bay view..

Wednesday, May 09, 2007

Entry Selingan....

IKLAN PAKAIAN, BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN SEKIRANYA BERMINAT...*winks*
~Busana Muslimah~






*Tiada hadiah/pemberian paling berharga, melainkan mendapat restu & redha dari dirimu*

p/s: Jumaat lepas, lepas jumpa klien kat Komuter Subang Jaya (act ambil dokumen), masa solat Jumaat, sorang2 terpikir nak jalan2 jap kat dlm bangunan carrefour Subang Jaya tu. Tapi ke butik First Lady..org cakap situ pakaian dia murah2..so pegilah..Subhanallah, memang murah. Terasa teringin nak sambar 1 baju kat situ. its worth range RM30 - RM60 yg terdiri dari busana Baju kurung berkerawang, Jubah Biasa & Jubah berseluar. Selalu mesti dgn abg, kalau sendiri2 nie jarang berkenan nak beli. Tapi, THAT DAY, terus tipon Abg minta izin, Abg benarkan..Zup, terasa cukup gembira & bahagia sgt..bukan sebab dpt beli baju tue(sampingan jelah) tapi sebab dapat restu suami..bestkan rasa bila kita buat sesuatu, mak @ suami kita restu...Jubah tu RM39.95 jer. simple & nice..muat2 di badan..

Thursday, May 03, 2007

Memorable Vacation...

HARI PERTAMA...26 April 2007; Khamis; jam 11 am - 10 pm

Bertolak dari Jeti Kuala Kedah

Naufal dengan Tokwan, teruja 1st time naik bot..

Kaklong baru bangun tidur (buntang mata,terkejut kut!), Kesian dia tak berapa sihat

Hampir 1 jam setengah, sampailah kami di bumi Langkawi (Seronotnyer!!)

Check in Chalet, 10 minit dr pekan Kuah





Chalet yg selesa, ala rumah kampung

Selepas Check in, makan -à Telaga Ayer Hangat 1st destinasi

Nawwaratul dgn Atok berehat à panas sungguh ayaq tu siap berbuih2 & masin

2nd destinasi à Pantai Mat Sirat..Pasir Hitam

Ummie, Atok & Naufal tengok sepanjang pantai warna hitam

makan malam kami disponsor oleh sedara abah&mak di Tanjung Ru (Pegawai Imegresen). Rumah dia betul2 depan pantai..(bestnyer, tiap2 hari leh mandi laut!)

Wednesday, April 25, 2007

Percutian Keluarga ke Langkawi

esok aku akan ke Langkawi bersama2 suami , anak-anak dan abah & mak mertuaku..

semoga Allah memudahkan perjalanan kami..

wait for next entry for the whole story..

p/s: hati & perasaan ini sedang sayu..mcm2 dugaan Allah utk menguji hambanya..
Bersabarlah sayang, ada hikmah disebalik apa yg berlaku...

Tuesday, April 17, 2007

ILMU FIQHUL NISA' ~ HAID ~

SUBJEK: Bab 3 Kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al Ghazali (Kitab Fekah)]
- Fiqhul Nisa’ : HAID


Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu
sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh
kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar
dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk
kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai
yang bersetuju dengan pandangan saya ini)..

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita
Islam ;

"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang
ditinggalkan ketika haid?"


pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak
perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar
sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"


Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita
jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul
Islam Imam Al-Ghazali
yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang
berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti
kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang
didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti
(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia
solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan
asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu
subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka
wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
" Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah
sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam"
(Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu
Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir)
solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau
tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah
Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat
Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu
subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka
wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka
baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak
dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam
waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara
perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu
subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu
perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil /
Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini
yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Friday, April 13, 2007

JuSt a MiNutE a MoNTh a YeAR wItH YOu..




SPECIAL DEDICATED ENTRY FOR YOU, ABANG..

Thanks for being My Husband
Thanks for being You
I often tell You
I Love You
and say how glad I am
We found each other
I talk about
How much You mean to me
And How wonderful life is
Because of You
But I don't recall
Ever saying "Thank You"
for liking me
and accepting me as I am
for Loving me
and letting me know it
for sharing with me
in your own special way
But in my Heart
I Thank you all the time
for lots of things
most of all just for being You....


Wednesday, April 11, 2007

ALONG & ADIK...













(gambar di ambil semasa menziarahi Abah (Tok Wan Along & Naufal) di HOSPITAL ANGKATAN TENTERA LUMUT, Manjung, Perak..Masa Makan tengah hari di tepi pantai Lumut)


Akhirnya along ada kawan...

kata orang2 yg berpengalaman; (kwn2ku diofis)

1) kalau jarak anak setahun & 3 tahun, elok sebabnya kedua-duanya akan jadi mcm kawan, tiada iri hati, cemburu(sikit2 tu biasalah), Si Along akan lebih bertanggungjawab & independent

2) kalau jarak anak 2 tahun @ 4 tahun, elakkan, sebabnya mereka akan bercakaran, terlampau aktif, banyak cemburu & iri hati(siAlonglah), susah kalau nak minta tolong pd along (dia cepat merajuk, disangka abah& ummie dah hilang tumpuan pd dia)..


Pendapat aku;

hmm...ada betulnya jugak..sebab aku baru shj ada pengalaman ini..jarak anak hanya 1 tahun 4 bln shj, Along cukup sayang pd adik dia, Naufal.dah pandai pujuk adik (menepuk-nepuk perut naufal) kalau adik nangis & ummie tiada disisi @ ummie solat/memasak/mandi dsbnya..

kejap2 nak cium adik dia..kdg2 terjerit2 along,"ummie,ummie @ abah, abah!"sambil tangan tunjukkan kearah adik yg baru bangun dr tidur...oh, rupanya nak bgtau yg adik bangun! Sayang along ummie..

Along, ummie & abah tetap sayangkan along & you are always is the first one we loved

Special dedicated from ummie...


Pendapat Pembaca Blog?;

silalah, komen yer. Kategori ke 2 tu, lum ada pengalaman. so sesape yg dah berpengalaman bolehlah komen. ilmu buat bekalan diri ini dalam merancang keluarga nanti..he.heh..heh.

Thursday, March 29, 2007

Keadaan Abah masih seperti dulu....



(Gambar diambil semasa abah di ICU selepas hampir 2 minggu di Hospital Angkatan Tentera Lumut-HATL)

Abahku tidak sihat sejak akhir-akhir ini...

Sakit jantungnya bermula sejak Oktober 2006 tahun lepas (masa Raya Puasa)

Sakit jantung abah mungkin bermula dah lama tapi yg betul2 mula masuk hospital seperti yg ku nyatakan di atas..

sejak tarikh itu, abah tak putus-putus berulang alik ke/masuk hospital.

---> Hospital Taiping --> IJN --> Hospital Angkatan Tentera Lumut

Sakit abah ni tidak ku war-warkan pd sahabat even dlm email..entahlah, abahku dah lali masuk keluar hospital dgn bermacam2 jenis 'treatment'...kami adik beradikpun jadi 'lali'...Kesian abah...

Monday, March 26, 2007

Saat-Saat dinanti, Dirisaui, Akhirnya....

Alhamdulillah...
Selama 9 bulan membawa perut yg semakin hari semakin membesar,
semakin hari semakin nakal keletahnya,
semakin hari semakin lemah ummie,
Namun tetap tabah & kuat demi untuk melahirkan sorang lagi umatMu..

Ummie&Abah doakan;

Semoga kau kan jadi insan berguna pada Agama
Semoga kau kan jadi Anak yg Soleh
Semoga kau kan jadi Anak yg Taat & menyayangi ummi& Abah & sesama manusia
Semoga kau kan tidak kekok menggalas tugas Dakwah
semoga kau kan sentiasa dalam peliharaan, keberkatan, kerahmatan Tuhan Allah Maha penciptamu

Ameen..

Alhamdulillah,
Selepas menghadapi pelbagai perkara pada 2.2.2007 bersamaan 14 Muharram (Jumaat);
1) Jam 5 pagi, ke bilik air(terasa nak buang air kecil): ada tanda darah
2) Jam 7.30 pagi bersama abg(kebetulan mmg abg ambil cuti utk selesai hal KPLI),kami ke Institut Perguruan, Cheras utk hantar borang Terima tp dibatalkan sebab mengandung
3) Selesai jer, tak puas hati terus ke Bahagian Pendidikan Putrajaya, NAMUN masih jawapan yg sama, TERPAKSA TOLAK.....(tak mengapalah, bukan rezkiku...InsyaAllah tahun ini akan aku cuba lagi)...
4) Jam 12 tgh hari, saja ke Hospital Az Zahrah utk check up...Akhirnya, aku di tahan..
5) Jam 2 masuk labor room, jam 3 doktor tanya sama ada nak balik @ paksa bersalin-pecah air ketuban(sebab aku tak sakit)
6) Syukur petunjuk Dia datang, anakku bergerak (contraction)--> terus Dr. pecahkan air ketuban,..Subhanallah, sekali lagi syukur, warna air telah berwarna Hijau ---> Anakku telahpun mengeluarkan najisnya...
7) Selama 4 jam ummie bertarung (SAKITnya, hanya Allah & wanita yg berpengalaman bersalin shj yg tahu...)
8) AKHIRNYA sempat 10 minit sebelum Azan Maghrib yakni hari Jumaat Hari Mulia, anakku
yg ke 2 selamat dilahirkan dengan berat 3.35 kg jam 7.25 petang di Hospital Az-Zahrah, Bangi & disambut oleh Dr. Khamsiah Binti Muda yg amat baik & prihatin orangnya..Beliau juga memberi peluang kpd suamiku utk menggunting sendiri tali pusat anak kami serta merakamkan beberapa keping foto semasa proses kelahiran anak kami..TERIMA KASIH Dr. Khamsiah. aku & suami amat berpuas hati sepanjang masa mengandung & bersalin...

Bayi Mujahid ini kami namakan MAR'IE NAUFAL BIN NORSHAMSURI..

Semoga menjadi anak yang soleh...Ameen. ..

p/s: Syukran Jazilan buat sahabat2, rakan2 kerja yang datang ziarah kami; Hafiz Laili, Kak Yusrina&anak2, Haslaily & Dayana, Affiza & K.Intan, A.Rosli& K.lin, Helmi, Hanisah & Aiza Rahayu, En Megat sekeluarga, Hafizul, Su, & tak lupa yg hantar sms serta melalui email...Doa Kalian amat bermakna buat kami sekeluarga...

~SAAT-SAAT KAU DILAHIRKAN~

Wednesday, January 31, 2007

Isi Kandungan SURAT TAWARAN....

SURAT TAWARAN CETAKAN KOMPUTER
ST/KPLI



BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
(UNIT PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN PELAJAR)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 2-6, BLOK E 13, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
62604 PUTRAJAYA


Tel : 03- 8884 1000
Kawat: "PELAJARAN"
Fax: 03- 8884 1081, 88893507
MARLINA BINTI YAHAYUDIN Ruj. Kami : KP(BPG) 9115/8/IC(W02/A111M0000P/R8)
810213086464 Tarikh : 31 -Januari -2007

TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI)
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA AMBILAN JANUARI 2007

Saya diarah merujuk perkara di atas dan sukacita memaklumkan bahawa anda ditawarkan untuk mengikuti kursus praperkhidmatan di atas dalam :
Pengkhususan MATEMATIK (SEKOLAH RENDAH)
di INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS
JALAN YAACOB LATIFF,BANDAR TUN RAZAK, 56000
KUALA LUMPUR, WP KUALA LUMPUR

mulai dari 5 Februari 2007 hingga ke suatu masa sebagaimana yang diluluskan oleh Kerajaan.

2. Anda dikehendaki melaporkan diri di institut berkenaan pada 5 Februari 2007 Jam 8.30 Pagi.

3. Surat Tawaran ini hendaklah dibaca bersama Perjanjian Pendidikan Guru (PPG/KPLI-2005).

4. Tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya jika:

(a)
anda gagal melaporkan diri pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan yang boleh diterima oleh pihak yang berkenaan; atau

(b)
anda gagal menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan termasuk x-ray dan menyempurnakan Perjanjian Pendidikan Guru dalam tempoh 30 hari dari tarikh anda melaporkan diri; atau

(c)
anda disahkan oleh pegawai perubatan bahawa anda menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal yang teruk dan anda tidak berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melaporkan diri dan sedang berkurusus; atau

(d)
anda disahkan oleh pegawai perubatan atau ahli kimia bahawa anda telah menyalahgunakan dadah walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melaporkan diri dan sedang berkursus; atau

(e)
anda didapati masih terikat dengan mana-mana perjanjian latihan; atau

(f)
anda memberikan maklumat palsu atau gagal memberikan maklumat sebenar termasuk maklumat yang diperlukan dalam butiran 5 surat tawaran ini atau Borang Permohonan KPLI untuk mendapatkan tawaran kursus.

5. Sekiranya anda mengandung/belum melepasi tempoh 60 hari bersalin/mendapat kemalangan dan memerlukan tempoh rawatan yang panjang, anda tidak dibenarkan mendaftar. Rujuk Buku Panduan Tawaran untuk maklumat lanjut.

6. Anda tidak dibenarkan bertukar bidang pengajian (pengkhususan) dan pusat berkursus seperti yang ditawarkan.

7. Sekiranya anda menerima tawaran ini dengan semua syarat yang ditetapkan atau menolak tawaran ini, sila ambil tindakan sewajarnya seperti yang diarahkan dalam Buku Panduan Tawaran yang disertakan.

8. Walau apapun peruntukan/perbekalan dalam surat tawaran ini, Kerajaan berhak meminda apa-apa peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dan/atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan dan anda adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan berhak menarik balik tawaran ini tanpa memberikan sebarang sebab.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Bahagian Pendidikan Guru
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

Sila Cetak Untuk Rujukan




Alhamdulillah, selepas 3 tahun berturut-turut mencuba..Akhirnya, dapat jua. Namun, kegembiraan menerjah hanya utk seketika, Kesedihan + Kerisauan menerpa diri ini...Bagaimana mungkin diri ini ingin pastikan terus BERJAYA seandainya fizikal diri ini tidak mengizinkan???...

Abang & aku berusaha menelefon orang2 tertentu utk meminta pandangan & nasihat..Seandainya sahabat2 @ rakan2 blog punya pandangan, amat dialukan dlm keadaan diri ini amat memerlukan saat ini...(kalau ada kabel ke, tak malu diri ini ingin memohon bantuan) tak sanggup rasanya seandainya peluang kali ini terlepas begitu sahaja...

Wallahualam, Hanya Dia Yang Tahu......

Doa kami Dimakbulkan........KPLI BERJAYA

SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM KPLI atau KPLI j-QAF
MAKLUMAT TAWARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
NOMBOR KAD PENGENALAN : 810213086464
NAMA : MARLINA BINTI YAHAYUDIN
KURSUS : A111M0000P-MATEMATIK (SEKOLAH RENDAH)
IPG : INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS
: JALAN YAACOB LATIFF,BANDAR TUN RAZAK 56000
: KUALA LUMPUR , WP KUALA LUMPUR
TARIKH LAPOR DIRI DI IPG : 5-FEBRUARI-2007
MASA : 8.30 PAGI


* Makluman
Tawaran ini adalah secara automatik terbatal sekiranya calon-calon yang telah ditawarkan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Mode Kursus Dalam Cuti (KPLI-KDC) untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan atau yang sedang mengikuti mana-mana kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru.



Sila Muat turun dokumen berikut:-
Panduan Tawaran KPLI

Paparan menarik, sila gunakan Internet Explorer 5.0 dan ke atas dengan saiz resolusi skrin 800x600 piksel.
© Hakcipta Terpelihara 2006, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Pelajaran Malaysia

Friday, January 26, 2007

Kenangan Sewaktu Konvo Abang...

Sepatutnya Entry nie di buat Julai 2006 tahun lepas...

Abang konvo master pd julai lepas di UPM. Tahniah, Abang.
Semoga perjalanan Abang nak sambung PHD akan dipermudahkan.InsyaAllah...

Na? hmmm..entahlah bila nak sambung belajar..Kalau nak belajar pun InsyaAllah dibidang yg lain selain akaun..Bidang apa? Tungguuuuuuu...:)

p/s: ok, sikit gambar kenangan semasa di Majlis Konvo Abang . Yang masuk dalam dewan; mak, abah, na & hakim..yg lain termasuk anak ummie & adik perempuanku, Ani terpaksa menanti penuh sabar selama 4 jam di luar..


Sketsa Dramatis Dari SI CILIK.....

Dengan ini, di persembahkan satu sketsa yg akan dilakonkan oleh si cilik yg comel lagi kecik...iaitu NAWWARATUL MAR'IYAH BINTI NORSHAMSURI...

Dipersilakan..........(kelapak, kelepuk, kelepak, kelepuk-bunyi tepukan gemuruh dr para penonton)


Family Day MMS Berhad....

Masaku amat terhad utk blog ku sendiri...entahlah..setiap hari, hati meronta2 utk mencoratkan segala kisah sepanjang hari yg berlaku...Namun, aku akur; tak semua kenangan @ cerita boleh dicurahkan di blog ini...Namun apa yg pasti menjadi ingatan setiap masa....




Saturday, December 16, 2006

Selamat Ulangtahun ke 2...

Gambar

1) Ikhlas dari si Isteri - Sekeping Kad Ucapan yg Comel..

2) Hadiah kejutan dari Si Suami - malam esoknya, Dia pulang dari Dinner tempat kerjanya di Hotel Sunway. lebih kurang pukul 11 mlm mengejutkan aku dari tidur...Terima kasih, abang:)

3) Kad ucapan beserta hasil tangan isteri yg kurang kreatif:p

4) Isi kandungan hadiah dari suami - Biskut Famos Amos..tiba2 teringat kat sorang sahabat yg suka sangat kat biskut tue..hmm, apa yg best sgt ek..biasa jer bila ku makan sama mcm biskut lain:p..

5) ku 'combine'kan 'dua hati' utk dijadikan kenangan utk ulangtahun perkahwinan kami yang ke 2...

6) Hadiah bukanlah penting, namun keikhlasan suami isteri dalam melayari bahtera rumahtangga adalah segala-galanya..

Ya Allah, kau panjangkanlah jodoh kami hingga ke akhir hayat & ke alam Syurga..Kurniakanlah kami zuriat yg Soleh & Solehah..Utuhkanlah kehidupan rumahtangga kami ini, & kurniakanlah kami tahap kesabaran yg tinggi..

Wednesday, December 13, 2006

MINES WONDERLAND here we come....

Sambungan dari entry sebelum...

ok, lebih kurang jam 7 mlm kami sampai & terus ke kaunter membeli tiket..Huh,
mahal jugak! Firasatku mulanya...RM64 utk 2 orang..Abang sanggup berbelanja lebih utk family..."Semua tempat boleh pergi & main kecuali roller Coaster sebab under reconstruction, Encik. Satu lagi Dancing Fountain Show jam 8 mlm & persembahan Tarian Tradisional jam 9 mlm," kata si penjual tiket. ok..

Tempat pertama yg kami patut tuju sekarang ialah mencari surau utk tunaikan solat maghrib..Hari sudahpun gelap..terpancarlah cahaya lampu yg berwarna-warni.Sungguh Indah & meriah & mendamaikan hati..Nawwaratul anak kami yg paling gembira..laju jer dia berjalan ke arah pintu masuk sambil melambai-lambai tangan membalas lambaian penyambut2 tetamu yg berpakaian serba cantik (tapi biasalah, semuanya budak2 cina so, agak seksi jugaklah bajunyer..tak tutup aurat..'winks'..)..tapi mereka semua terhibur dgn keletah anakku yg tersenyum & pandai melambai tgn kpd mereka semula...

Ataupun mereka jarang melihat anak baby sekecil itu sudah bertudung bulat, berbaju T-shirt, berkain skirt paras bawah lutut, berstokin & berkasut...comel sungguh anak Ummie...ummi tak dpt nak merakam gambarmu nak....(nanti Nawwaratul dah besar boleh baca coretan ummi ni utk imbau sgl kenangan)..

Maaf, semua memori hanya dpt disimpan dlm kotak ingatan sebab kami tak bawa kamera (org pinjam)..takpelah, biar ku simpan segala kenangan indah di ruang ingatan.....

ok, cari punya cari jumpa jugak surau..agak jauh juga tempatnya..dekat dgn Water Taxi . Cepat2 segera solat...huh, agak bising jugak sebab kebetulan area surau tu ada show tarian tradisional dari Sabah...Aargh, pedulikan mereka...ibadat, wajib dilaksanakan...Alhamdulillah lega...

Boleh dikatakan masa 3 jam memang tak cukup & sudah memenatkan (8 mlm -11 mlm)..Diringkaskan cerita, kami dapat nikmati aktiviti:


1) naik Water Taxi(boat),
2) masuk Ice Factory-rumah ais, memang sejuk sangat mcm berada kat oversea, tp anakku relax jer sentiasa tersenyum & di wajahnya tergambar perasaan ingin tahu, kami bertiga memakai jaket tebal yg disediakan,
3) Jam 9, cepat2 ke Amphitheatre Performance - kami melihat pertunjukan tarian Tradisional dari Sabah selama 30 minit. tempat yg sama jam 9.30, saat yg kami nantikan Musical/Dancing Fountain Show...Subhanallah, cantik sangat tarian air yg berwarna-warni diiringi lagu2 yg indah(semua lagu kartun disneyland tu)...Puas dapat lihat..anak ummi pun seronok..(today is our day nak..)
4) Lepas tu, naik Garden Boat
5) Cuba naik Unity Train pulak. keretapi tu bawa kami ke tempat Secret of Tiger. nak tengok harimau kami kena turub dr train & jalan kaki. baru puas tengok dari dekat. kalau ikut kiraan ada 5 - 6 ekor WHITE TIGER MALAYSIA..besar2 kesemuanya...tapi comel...anak ku nampak jer terus dia jerit Auww, aauww sambil jari telunjuknya menunjuk2 tu,tu..bukannyer Aauumm..disangkanya itu kucing..heh..heh..heh..kami berjalan keluar melalui gua buatan yg agak kelam/gelap lengkap dgn bunyi2 binatang yg biasa berada dlm gua
6) merasa naik Road Tram- keretapi panjang yg bergerak atas jalan mengelilingi sebahagian shj mines wonderland tu..
7) Next bawa Nawwaratul masuk Inflatable Wonderworld - ha, tempat ni masuk kena cari jalan keluar. seronok main dgn anak kami di sini..kami main cari2 sebab pintunya banyak..tapi sesuailah dgn anak2...
8) Last but not least, pegi naik Vintage Car - ala2 kereta antik yg bergerak sendiri (ada landasan mcm lrt/komuter) mengelilingi kolam..ummi duduk belakang, Nawwaratul & abah dia di hadapan..tapi Driver anak ummielah..heh..heh..heh..dia berlakon bawa & pulas stereng kereta tu..gimik jer tue...pasti anakku puas & seronok..
9) turun kereta bawa Nawwaratul tengok ikan yg boleh diberi makan..besar2 ikannye..berwarna-warni..ikan keli 'giant' pun ada...
10) ok, semua tulah yg kami main ..yg lain bukan permainan tapi just lalu & lihat iaitu Coin Garden, Light Fantasy on Water - ukiran haiwan dgn lampu berwarna warni dalam air (rasanya yg selalu nampak dr jalan raya Sg besi tu), Giant Dragon Sculptures, White Kingdom & Unity Fountain.

Tup, tup jam sudah hampiri 11 malam...ok, times up..yg tak dpt main Roller Coaster jer..
Alhamdulillah, tanda kegembiraan, kepuasan, & keletihan terpancar di wajah masing2..Nawwaratul confirm lebih letihnya + mengantuk, tapi masih nak berjalan ke sana -ke mari...
Terima kasih suamiku, its really our day!
Sebelum sampai rumah singgah minum air di Serdang....Sampai di Rumah Tunaikan Solat Berjemaah Isyak, siap susu utk si comel & kami bertiga beradu...

Kan ku simpan & abadikan kenangan hari ini, buat selamanya dgn mencoretkan di blog ku..


Gambar-gambar kat bawah ni, masa kami bertiga bersantai/jogging di Taman Tasek Cempaka, BBB pagi Sabtu itu..



Ni aksi Nawwaratul Tengah lapar:p















Khusyuk makan karipap dgn air masak





















Muka tengah semangat. Kami baru sampai di Taman itu.

Tuesday, December 12, 2006

Last Saturday 091206 Is Really OUR DAY...

Sejak akhir2(sebulan nilah)...aku dapat rasai perubahan mood pd diriku...
semakin 'worst', tak bermaya, letih, lesu, dingin, malas, cepat sensitif+laju jer air mata mengalir, kurang yakin---> boleh kata semua sifat -ve mengusai diri...tapi itu semua berlaku di rumah...Tidak di pejabat..bila dipejabat aku disibukkan dengan urusan kerja + urusan tambahan (KPKAA/PASTI/UBM/dll)..aku seperti seorang wirawati bila diluar...isk.isk..huhuhu..Entahlah, ADAKAH INI PERKARA BIASA yg dilalui oleh ibu2 mengandung????....



Ya Allah, aku bermohon agar ampunilah segala dosaku Ya Allah terutama kepada keluargaku(suami & anak serta ibu bapaku)..Kuatkan & pulihkanlah semangatku serta imanku...Jadikanlah aku isteri yg Solehah, Jadikanlah aku anak yg Solehah & Kurniakanlah aku anak yg Soleh&Solehah...Ameen
~harap ada komen dr sahabat2 sebagai penguat/pemulih semangat~
_____________________________________________________________________________
Jumaat malam~ 081206
Abang berkata dengan nada tenang, " Na, tomorrow is your & Our Daughter DAY. Please make any wish". lebih kurang macam tulah dialog permulaan dr suamiku tersayang..
Seperti biasa, Sang Puteri kelu nak berkata..ialah memang aku bukanlah punya sifat yg suka utk meminta2..sering rendah diri...Dalam keadaan memang sentiasa lesu kini, "Hari apa abg?". Abang membalas,"ialah abang ingat nak bawa na & anak jalan2, masakkan utk na, buat semua benda utk Na. Abg tau na letih." Ayat yg selalu buat aku terharu & menitiskan air mata...SEBABnya aku selalu merasakan yg diri ini selalu bersikap kurang baik pd suamiku...
Jawapanku pd suami tersayang,"Abang, na ikut sahaja apa yg abg nak buat pd kami. Na terima, & gembira sangat2." Ialah siapa yg seronokkan bila, nak pi jalan2 & dapat mkn air tangan suami...Bertuahnyer org mengandung nikan...itulah hikmahnya...
So, malam tu abg plan pagi2 bawa kami anak beranak pi Jogging kat Taman Tasik Cempaka, Bangi & misi utk meltihkan Nawwaratul..Lepas tu balik, abg akan masakkan tengah hari & petang tu (selepas aku selesai meeting Post Mortem KPKAA) pegi jalan2 kat MINES WONDERLAND!!!! lepas buat perancangan, malam tu jugak abg keluar pi BINTANG belikan bahan utk memasak esok...Ya Allah, bahagiakanlah kami sekeluarga sehingga di akhirat...
Sabtu~ 091206~ 0830 pagi
Selepas Sarapan pagi, abg membawa kami ke destinasi pertama iaitu TAMAN TASEK CEMPAKA, BBB. sebenarnya memang dah lama kami tak berjogging..baik utk suamiku & diriku yg sedang sarat sekarang ini & seronok buat anak kami Nawwaratul Mar'iyah...Ku tahu dari riak wajahnya memang dia fizikally letih sebab berjogging satu taman..tapi suami ku tidak menunjukkannya sebaliknya terpancar stau kepuasan dpt mengembirakan anak& isteri tercinta...
aku & Nawwaratul hanya berjalan, sekali sekali kejar mengejar..lega + gembira apabila melihat rasa kegembiraan terpancar jelas di wajah anak comelku...dia tak reti duduk diam...berjalan, berjalan & terus berjalan sambil mulut tak berhenti bercakap& menegur sesiapa shj yg lalu lalang...sekali sekala berhenti apabila ada perkara yg menarik perhatiannya& lapar @ dahaga...itulah, Sifat anak sulung kami...yg tak lama lagi akan Jadi Along..
Jam 10 pagi, kami bertolak balik ke rumah utk meneruskan misi seterusnya..Abang's turn to show his expertise in cooking!!!Nawwaratul sudah keletihan...BUKTINYA, sesampai di rumah dia terus tertidur dr jam 11 pagi sehinggalah jam 5 petang, tanpa makan & mandi pagi...isk..isk..anak ummie..
ok, di dapur, Abg meminta ku berehat sahaja di bilik...Biar dia yg uruskan semua..tapi, Isteri mana yg sanggup membiarkan suami dia buat seorang diri..tak sampai hati...biarlah bersama2...cuma aku hanya membantu sediakan bahan2...Akhirnya Jam 1 petang siap masak semua + berkemas...
Terhidanglah 3 menu utama istimewa dari suami tersayang buat isteri tercinta...heh..heh..heh...
1) Nasi Putih
2) Ikan Siakap Masak 3 Rasa
3) Sayur Kailan Ikan Masin
4) Sup ayam
5) Ais Jus Oren
Terima kasih, Abg..Terpancar satu lagi tanda kepuasan di wajahnya...terharu diri ini buat seketika....
Selepas siap2 khidmat diri & Solat Zohor, kami turun makan bersama2 abang iparku & adik perempuan ku...Kemana NAWWARATUL???hmm...dalam buaian, lebih rela melayan tidurnya sambil hisap susu...
Alhamdulillah, memang SEDAP!...Norshamsuri, dialah insan pertama yg ku kenali cukup bertanggungjawab & prihatin...& dia juga chef aku waktu mula2 kahwin dulu..almaklum, aku taklah berapa pandai nak masak betul2, sebabnya dr kecik sampai besar asyik belajar ajer..tapi bab memasak memang suami ku cukup strict waktu mula2 kahwin dulu, memang pd mulanya susah jugak nak adapt, tp akhirnya inilah hikmahnya...banyak baik dr yg tak baiknya...
ok, selesai mkn rehat sekejap----> aku bersiap2 utk ke mesyuarat post mortem KPKAA, abg izinkan..Terima kasih abg!..Dia ku biarkan berehat...sebab nanti nak guna tenaga bawa kami berjalan-jalan pulak...Mesyuarat 2.30 hingga 5.00 petang...Alhamdulillah, selesai dgn 1000 kenangan..ERTI HIDUP UTK MEMBERI...
sampai jer rumah, Subhanallah, sebaik buka sahaja pintu, terlihatku akan senario yg cukup membahagiakan, seorang abah Mithali yg berwajah/berambut kusut masai sedang menyuapkan nasi berlaukkan sup pd anak solehahnya yg juga kusut masai...heh..heh..anakku baru bangun rupanya...kasihan & simpati melihat mereka berdua..tetapi bahagia...aku ambil alih memberi anakku makan...mandi...& bersiap..tapi sempatlah berehat dahulu & tunaikan solat Asar berjemaah...
~0630 petang~
Siap bertolak ke MINES WONDERLAND..suamiku beria2 nak bw kami kesana...entahlah, satu hari itu, aku tidak terasa penat sangat wpun tidak berhenti banyak berjalan & membuat kerja... mungkin itulah hikmah, IHKLAS MEMBERI, & aku berasa bahagia MENERIMA..apa yg pasti YG MEMBERI berasa KEBIH BAHAGIA...
Baiklah, cerita aktiviti kami di sana akan ku sambung nanti...

Friday, December 01, 2006

Updates...Ibu-ibu hamil

hmm...terasa nak update sikit info selepas baca blog Yana...

aku pernah post pada bulan July lepas:

~HARI-HARI SARAT~
tak kurang ramai jugak yg dlm pengetahuanlah sedang melalui saat2 & detik ini.... TAHNIAH & Didoakan semoga selamat & dipermudahkan Allah kpd kalian semua serta dikurniakan zuriat SOLEH wa SOLEHAH...Ameen..
2 - 4 Bulan:
Yana
Suziati

7 - 9 bulan kandungan (Tengah Sarat):
Haida
Lydia
Kak Suhaiza
Kak Fadhlina/ Ain Najwa
Ummie
Telah selamat melahirkan:
Kak Fatihah (Muhammad Amir Zuhri)
Kak Omeh
Kak Sot (Ahmad Siddiq)
Kak Ija (Ahmad Ammar)
Izan (isteri Najmi) (Nur Ain Najwa)
To, Yana: TAHNIAH!! dari alin sekeluarga...

Friday, November 03, 2006

Sambungan...........

25 Oktober = 2 Syawal (Rabu)

Sepanjang pagi tiada siapa yg pegi melawat abah, almaklum masing2 dah kepenatan..Tapi tengah hari tu, kami 3 beranak, pergi lagi menziarahi abah. Dengan harapan mendapat khabar abah dapat keluar..Menurut abah, doctor belum lagi beri kata putus, Justeru, kami mengambil keputusan utk balik ke Kedah keesokan pagi..Hasrat tersebut disampaikan kepada abah sendiri oleh suami dlm keadaan serba salah. Niat kami supaya bila kami dpt ziarah mak & abah kedah awal sebelum abah check out. Sebab nanti, kami nak ambil abah keluar dr hospital. Itu harapan kami..

Kami bersama abah hingga jam 5.30 petang. Selepas solat asar, kami bertolak balik. Hmm….masih awal, hati teringin nak ziarah sahabat2 yg berada area Taiping..So, contactlah, Kak tun, Zilla..tp dah takde rezki masing2 tiada dirumah…so, terus ke rumah saudara abah di Kamunting..dapat beraya 2 rumah saudara --à Rumah Che Din & Rumah Pakcik Ta..

Sampai rumah dah maghrib…he..he..he.. Nawwaratul mengutip duit raya!!!

Malam tu, bersiap pack barang sebab cadangnya esok pagi2 nak ke Kedah selepas singgah ziarah abah dulu di hospital..kami 3 beranak pi dulu dlm jam 7 pagi..Nanti mak & adik (hamdan) akan menyusul naik motor..Opps, lupe nak cerita pasal kes motor adik…

Alhamdulillah, raya pertama tu dlm tgh hari motor dia siap..puaslah hati sebab byk yg ganti baru..Anggaran dlm RM300..tapi adik tak bayar sesen pun. Pi kedai ambil je motor tu..


26 Oktober = 3 Syawal (Khamis)

Automatik, anakku Nawwaratul mcm biasa, kalau plan nak kluar pagi dia akan bangun dulu;)..lepas solat subuh & siapkan diri. Kami 3 beranak bertolak ke hospital jam 8 pagi. Nak ziarah abah & mohon restu (bersalam) sebelum ke Kedah. Sampai jer kat hospital, WAD C, Tingkat 4, Katil No. 12, abah tiada dikatil sebaliknya berehat2 di sofa tetamu..;)..

Sambil tersenyum abah berkata, “abah, dah boleh keluar dah. Tapi bukan pagi nilah, sebab selalunya lepas tengah hari,”. Apapun kami bersyukur alhamdulillah, abah dah boleh check out sebelum kami dah berolak ke Kedah. Kalau tidak susah juga nak minta org pulak yg uruskan..Terus telefon mak, pesan supaya tak perlu datang sebab abah dah nak keluar…kami 3 beranak menunggu sehingga urusan check out abah selesai.

Memang lambat pun proses nak keluar -à tunggu doctor nak sain --à ambil ubat kat farmasi yg sepatutnya sekejap jer tp lama sungguh..sampai penat Nawwaratul mundar mandir depan farmasi tue..kesian kat dia dgn tak makan..masa tu jam 1 – 2 petang..

Apa yg kami buat dr pagi sampai tengah hari? Masa yang ada, kami mohon dari abah keluar sebentar nak ziarah raya sahabat2(sekali lagi area Tepen)..hanya dapat ziarah sorang jer.. Kak Ton dirumah mertua dia..hanya Kak Ton sorang jer ada..yg lain(adik beradik ipar Kak Ton-à Kak Kharina (yg ni sy & suami memang kenal) semua dah selamat balik ke rumah mertua maing2..emak & ayah Mertua serta suami Kak Ton pun tiada ke Hospital Taiping ambil ubat…Itulah time raya nie, pelbagai sakit timbul…Biasalah, perut tu terkejut + lemangnya + ketupatnya + lemaknya, rendang ayam, rendang daging…ihiks..Walaupun begitu, thanks to Kak Ton sudi terima kami sebagai tetamu…sahabat yg lain, lain tahun mgkin ada rezki…

Balik dr Ziarah Kak Ton, dah pukul 12 tgh hari, terus urus abah..tup2..jam 4 petang baru selesai..fuhh, kalau ikut tu penat..especially anakku Nawwaratul..kesian sgt kat dia, tak mkn apa2, sumbatkan susu ajer..dia pulak aktif sangat berjalan ke sana sini. Tak mahu duduk diam..;) hai, bertuah betul anak ummi nie…

Kami berangkat pulang ke rumah dan sampai jam 5 petang………

Taknak lepas kenangan, nak cerita jugak kat sini(biar jd kenangan akan datang)…on the way balik dr hospital, abg singgah Guardian belikan siap2 Machine Kencing Manis…so, lepas nie abah boleh periksa sendiri paras bacaan kencing manis..tapi yg terharu tue(memang begitulah habit hubby ku) sampai ½ jam dia melekat kat guardian tue…kami dlm kereta dah naik gelisah especially anakku…abah still cool sebab abah dah faham benar sifat menantu dia..kata abah,”kalau suri tu bukan doktorpun, orang akan kata dia doctor sebab sifat dia mcm doctor”..ihiks..memang betul, kalau beli sesuatu brg memang penuh hati2, cermat & make sure dapatkan maklumat selengkapnya…SAH, memang betulpun, suamiku interview org guardian tu cara nak guna machine tue…

Jam 8 malam, baru kami 3 beranak bertolak balik ke Kedah..

Episod kami beraya di KEDAH………..