Mac 7, Jumaat:
Kali ke-2 terpaksa ambil mc lagi hr ini. Selesema ku masih tak hilang..sakit kepala + lemah sendi2 nie makin memuncak.Si Naufal pun tak sihat mula batuk+demam dia...pi hospital Az Zahrah dgn Abang (kenderaan asing),..ramai org, Abang pegi kerja terus, tinggallah kami 2 beranak. Dlm jam 10.30 pg kami sampai dirumah. 2 beranak makan ubat pastu terus tidur kan Naufal & ummie takleh nak tidur lagi..golek sana golek sini taknak tidur dia, akhirnya…tidur jugak…
Sakit-sakit jugak, tapi kita dah sampai kpd kemuncak perjuangan dah nie..ESOK, tarikh keramat & ditunggu2 oleh semua. Abang ambil cuti ½ hari nie nak siapkan tugasan terakhir PR…dia akan pulang selepas solat Jumaat..aku tak tidur terus mula kemas rumah sikit + kembali semula ‘bekerja’…nak selesaikan + Bantu Abang selesaikan tugasan terakhir..kena siapkan hampir ribuan slip pengundi…sempat ke nie??? Nenoe, neon, neon..minta bantuan, minta bantuan..
Jam 11.30 pg, sorang adik dtg ke rumah utk Bantu. Duduklah dia sampai jam 3.45ptg. Pastu berkejar ke Pudu nak balik Kpg mengundi. Thanks a Lot Nuha. sambil2 telefon cuba dpatkan bantuan tenaga kerja lagi..Alhamdulillah, Jam 4.15 ptg, macam superwoman, tinggalkan anak2 dgn Abah diorang, pegi ambil 3 org lagi tenaga di SRD, Dahlia, & Bangi. & ambil stock Laptop sekali..
Jam 6 ptg sampai rumah..Letih betul. Kalau dah keluar,lama tu yg malas & tak suka nak travel pandu sendiri..eheh..
Setiap saat & minit amat berharga..kami bersengkang mata malam itu hingga ke Subuh..5 laptop tersusun di dapur + 1 printer..kerahan tenaga pun berjalan..silih berganti org dtg mlm tu ke rumah ku menghulurkan bantuan..eheh,..seronok kerja reramai nie..termasuk yg membantu dr kejauhan (thanks a lot to Baiti & K.Azz)..
Abang ku beri laluan tidur dahulu jam 12 mlm..sebab besok dia kena jg tempat mengundi 1 hari..Kesian, pada Abang..kita sama2 penat..tp puas hati rasanya..
Banyak lagi nie! Alhamdulillah, 2 org junior stay up dirumahku, mereka tak pulang..kami tak tidur langsung..Ya Allah, tak boleh tidur rasanya selagi kerja belum siap..adik2 tue pun nampaknya sama perasaan dgn ku..aku dapat lelapkan sekejap mata selama ½ jam saja dr jam 4 pagi hingga 4.30 pagi..lepas tu terus tak tidur sampai Subuh dan hari mengundi..akhirnya siap jua…Abang bersiap siaga & keluar dahulu Jam 7.30 pagi dgn membawa semua ‘kerja’ yg telah siap..adik2 tu balik jam 8.30 pagi..
Ingin ambil kesempatan utk ucapkan berbanyak terima kasih kpd yg membantu, tak dpt nak balas..biar Allah shj membalas keikhlasan pertolongan kalian…
Mac 8, Sabtu:
Dengan tak sempat mandi, keluar rumah dgn anak2 tolong hantar segala peralatan ke Pondok Panas tempat bertugas ku nanti..Seronok tengok dah ramai petugas2 di tempat mengundi..ada warna Biru ada warna Hijau..hehehe..Nak balik rumah cepat2 nak bersiap..
Wpun, kesuntukan masa, Ummie nak pastikan yg anak2 ummie makan kenyang sebelum kita keluar..mungkin malam baru kita balik rumah, nak..Ummie buat nasi goring dah menyuap mulut Naufal & kaklong..Naufal tak sihat namun Alhamdulillah, dia tak byk ragam…
Terima kasih tak terhingga juga kpd Anak2 Ummie..semoga kalian kan jadi anak yg soleh kelak & berbuat baik kpd ibu bapamu…..
Mandi, kemas barang, bawa bekalan pakaian & susu..kami keluar jam 10.30 pagi..terus hantar anak2 ke rumah Kak Huda..& aku terus ke pondok panas utk bertugas. Ya Allah, masa nie aku sudah diserang sakit teramat sangat di bahagian rahang, mata, telinga & kepala..terasa urat berdenyut2..sakit sangat, namun ku tahan..selesema dah hilang tp masih sakit dibahgian muka…Pejam celik pejam celik dah petang & selesailah satu hari mengundi pd hr itu..tak perlu ke cerita apa yg berlaku sepanjang hr itu, terlalu byk cerita manis & pahit..namun biarlah disimpan..(tanganpun tak larat nak menaip nie)..Aku pulang bersendirian jam 6 ptg utk mengambil anak2…
Ku mohon simpati Kak Huda utk berehat sementara waktu dirumahnya..nak balik rumah pun nanti tak rehat sebab rumah bersepah2lah jugak..akhirnya dapat tidur, makan, mandi & berehat di sana..thanks a lot kakak..seronok rasanya ukhuwah ini…Anak2pun dilaporkan tiada ragam..ok sahaja sepanjang hari..Alhamdulillah……..
Jam 8.30 mlm bergerak pulang ke rumah dgn debaran di dada masih terasa bg kami ibu2 yg tak sabar menanti keputusan..namun, cukuplah, selesai sudah berjihad di medan masyarakat..sekarang nak balik rumah, berjihad dgn anak2 & rumahtanggala plak..
Saturday, March 15, 2008
Sambungan...dah jumpa thumb drive
Hasil Tulisan
Ummu Mar'ie & Mar'iyah
at
8:29 am
Kategori: politik, PRU, Ummie Mengomel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 tuan penasihat:
Post a Comment