Saturday, March 15, 2008

Sambungan...........

Mac 3 – 6, Isnin – Khamis:
Sepanjang minggu nie, tiada lain yg dibuat melainkan pergi kerja balik pejabat. Tidak keluar rumah lagi utk kerja2 PR. Hanya abang shj jam 10 @ 11 mlm shj mesti keluar rumah utk kerja2 PRnya.

Sedikit sumbangan yg mampu ku lakukan dlm keadaan tak sihat ini hanyalah, Alhamdulillah, dapat buat solat sunat Dhuha setiap pagi di pejabat, itupun selepas dpt ilham dr blog Zilla. Bahawa kuasa solat sunat Dhuha itu mampu membuahkan hasil kurniaan dr Dia..(Thanks to Zilla gak sbb melalui cerita cara dapatkan anak tue memberi ilham)…Setiap pagi inilah doa yg diubah suai sikit yg kupanjatkan kpd Dia..

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya waktu Dhuha ini adalah waktuMu, keindahan adalah keindahanMu, kecantikan adalah kecantikanMu, kekuasaan adalah kekuasaanMu dan perlindungan adalah perlindunganMu..

Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya rezeki kemenangan kami Barisan Rakyat ini masih berada di atas langit, turunkanlah kemenangan itu buat kami, jika masih didalam bumi keluarkanlah, jika masih jauh dekatkanlah, dan jika haram sucikanlah Ya Allah, berkat waktu DhuhaMu ini, keindahan, kecantikan, kekuasaan, dan perlindunganMu Ya Allah, kurniakanlah kami rezki kemenangan ini seperti mana telah kau turunkan pertolongan melalui burung Ababil yg telah dapat menghancurkan tentera bergajah Abrahah & seperti mana kau bukakan laluan laut utk Nabi Musa & pengikut-pengikutnya dr Firaun yg zalim…Ameen Ya Rabbal ‘Alamin..

Nota: Alhamdulillah, hambamu ini yakin, bahawasanya amalan2 yg kami semua amalkan ini telah membuahkan hasil, Engkau telah memberi kami menawan 5 Negeri sekaligus..semoga kita semua akan terus istiqamah dgn amalan ini utk maintainkan KEMENANGAN…

Selain itu, usaha sampingan yg dapat dilakukan ialah melalui internet @ E-mail.. mencari & membaca sebanyak mungkin artikel utk di kongsi..frwd semua artikel psl isu2 PR kpd teman2.. atau dgn kata lain ‘Perang Saraf’ @ E-mail Saraf. Harapan semoga artikel itu dapat membantu lebih memahamkan kawan2 yg diluar tak kira menyokong mana. Ialah nak harapkan berita semasa RTM1,RTM2, TV3, utusan, berita harian dll..memang tak boleh nak diharapkan..ye kan?…sakit kepala & meluat ajer..so, nak neutralkan fikiran & minda dgn info2 yg ADIL…kenalah usaha sikit melalui email…

To be continue..

3 tuan penasihat:

Ummu Mar'ie & Mar'iyah said...

actually ada lagi sambungan utk hari Jumaat & Sabtu mengundi tue..tapi thumb drive ku entah mana menghilang..so, karangan tu tak dpt di 'paste'kan lagi..nantulah bila dah jumpa...nak taip semula dah malas....eheh..

lailafillah said...

salam ukhti..tak sangke..ade seorg pejuang islam yang gigih even sarat dgn kandungn..moge ushe enti dirahmati n diberkati Allah..same2 kite berjuang demi islam tercinta..insyaallah..

Ummu Mar'ie & Mar'iyah said...

terima kasih atas komen & ziarah laila ke sini..

alhamdulillah, kita kena didik diri kita supaya begitu...rajin2lah ke sini lagi ya..Laila, can you drop a minute to fill up my guest book? eheh..nak keep record siapa shbt2 yg dtg..jzkk