Monday, March 17, 2008

MENYINGKAP.........

MEMORI PRU12-2008

Daku adalah seorang Insan Biasa, Wanita, Isteri, Ibu, Pekerja & Hamba Allah seperti manusia2 biasa yang lain…..

Terlalu banyak sebenarnya ingin diceritakan/diluahkan namun tiada kesempatan, sekadar sering berlegar di dlm ruang fikiran/kepala. Juga bak kata Ustaz Hasrizal dlm tulisannya;

“Sebagaimana sulit untuk saya memulakan tulisan tentang politik, begitu jugalah susahnya untuk saya memberhentikan tulisan tentang politik…”

Refleksi sama buat diri ini; sebagaimana mulanya tidak menulis dlm jangka ms yg lama, begitu jugalah nak mulakan menulis semula agak payah sekali..eheh….

Semasa daku mengarang tulisan ini pada March 10, 2008 (Isnin) sehari selepas MENANG!!!……….

Ya Allah, sesungguhnya fizikalku ini terlalu penat rasanya kini, namun rohku berpaksikan ISLAM & IMAN masih mampu&kuat. Justeru itu, daku mampu lagi dengan membawa kandungan yg sudah berumur 21 minggu bersama kakak & abangnya, yg semakin aktif, lasak & bijak, daku masih mampu bergerak ke sana ke mari dgn pantasnyatanpa mengira penat & jemu…

Ah, apa yg nak dipenatkan dlm berjuang! Baru sedikit ini sudah terasa penatkah? Cuba tengok calon2 kita, tak tidur malam, siang & malam sama saja bg mereka, kena plak bercakap bagi penerangan tentang NEGARA KEBAJIKAN sana-sini. Namun, memori paling manis buat diri ini ialah pada Mac 8, 2008 lepas, Dr. ……. ku lihat masih gagah malah sempat ku bertanya kpd beliau secara spontan,” Dr. apa khabar? Masih sihat lagi?” Soalanku dibalas dengan senyuman shj. Kami sempat bergambar kenangan bersama2 muslimin muslimat di pondok panas SRD sewaktu daku bertugas pd hari mengundi tempoh hari..Terubat ‘kesakitan’ ini bila melihat calon kita masih bertenaga & bersemangat tika itu..

Ok, nak imbau kenangan / Rentetan 1 Minggu sebelum Mac 8, 2008 (Hari bersejarah)…

To be continued.......

0 tuan penasihat: