Saturday, March 15, 2008

Rentetan 1 Minggu....

Sambungan....

Dalam 1 minggu ini, sudah hampir 3 doktor memberi rawatan kpd sakit fizikalku ini. & ubat yg sama tapi lain jenisnya diberi- demam, selesema, sakit tekak, antibiotik. Sakit ini masih tak kebah.

Februari 29, Jumaat:
Terpaksa ambil mc kerana sudah mula sakit kepala dek selesema & rasa sakit+sengal urat. Result nak demamlah..(Abang hanya batuk2 jer masa tu)... Seharian berehat & tidur sebab tak mampu nak berfikir dah..betul2 bergantung kepada ubat..makan ubat lelap..bila bangun tempoh ubat pun habis, kepala kembali sakit2…(anak2 tetap hantar rumah pengasuh)..so, bila dah petang solat zohor, tidur balik, Asar bangun..

Mac 1, Sabtu:
Masih tidak sihat, makan pagi abang bawa makan diluar shj. Mengemas rumahpun dah hampir tengah hari. Petangnya diziarahi sahabat baik Baiti & Zilla dengan ‘BIG PLAN’ mereka. Terima kasih kerna sudi datang especially to Zilla. Fisrt time bersua muka sejak entah berapa tahun tak jumpa ek..siap bawa Khayrin yg comel, debab + manja betul..(ehem, rupanya dah ‘bawa perut’ masa tu yer..)

Mac 2, Ahad:
Hari mencula di cawangan..Masih tidak sihat tapi rasa semangat sangat nak ‘turun padang’. Abang, dah keluar pagi2 lagi selepas sarapan pagi. Daku kemudian sikit sebab nak uruskan diri + anak2. mandi, siap baju tambahan, susu anak2. (Ummie budget hari nie satu hari kita tak balik rumah..hehehe). Jam 9 pagi, kami 3 beranak dah keluar rumah menuju ke Markas SRD. Seronok nak ‘bekerja' wpun masih lemah sebab seronok tengok semangat abg2, kakak2, pakcik2 & makcik2 yg ramai. Nawwaratul & Naufal pun tak byk ragam…

(Nota: masa nie Naufal baru 2 hari dapat kaki dia..anak ummie dah pandai berjalan..apa lagi cukup sukalah dia..asyik nak berjalan jer..)

Disebabkan dgn keuzuran diri, tugasanku hanya selesaikan urusan print-memerint database dirumah kak Huda dr jam 10 pagi sampai 12 tgh hari..dapatlah rehat jugak + makan nasi kerabu dgn anak2…Turut dihidang utk pekerja2 di Markas nasi kerabu kak huda..Itulah seronoknya ‘bekerja’ dlm suasana bekerjasama tanpa mengira wang ringgit, tenaga serta harta benda. Jam 12 kembali ke Markas.

(Nota: terima kasih Kak Huda atas layanan yg amat baik & selesa)

kami pun berkumpul semula sambil mendengar pengalaman2 mencula makcik2 & kakak2 nie + habiskan sedikit sbyk kerja2 PR disitu..Kak Lin pun ada dtg bw anak2nya…
(dalam ramai2 tu ada sorang kakak ni tegur, "hai lin akak dulupun mcm ngkolah, bw anak keliling pinggang kecik-kecik lagi umur rapat2, tp rasa seronok sebab geng2 kami yg ada anak kecik2 nie ramai ms tue. Tp zaman ngko nie yg muda2 nie tak ramai ek?") Ku hanya tersenyum & hanya berkata dlm hati, geng2 ramai sebenarnya tp mgkin tak berkesempatan utk bersama2. kami berjuang di tempat masing2 dgn cara masing2..eheh..

Jam 1 tgh hari lebih, ramai dah mula beransur pulang…Tinggal kami 4 beranak dgn beberapa org muslimin yg baru sampai dr berjumpa polis katanya..adalah tu kes yg berlaku utk di ‘report’ kan..hehehe…Kami tak bercadang nak balik rumah sebab nak terus ke Subang Jaya. Nak siapkan kerja pejabat sikit. Esok-Isnin ada tender bid document nak kena hantar. Abang setia menemani bersama Naufal. Mana Nawwaratul? Hehehe, dia ikut abang Adam balik rumah masa tgh hari tu..dia ok di sana, so, tak bawa dia ke Sbg Jaya..Jam 3 bertolak ke Sbg Jaya & jam 6 ptg bertolak pulang dr Sbg Jaya. Singgah ambil Nawwaratul di rumah Adam. Lepas tu terus ke Cheras Perdana, Klinik Kita utk check up bulanan.

Oh, penat sungguh rasanya especially suamilah…Namun ku pujuk Abang utk selesaikan semua hal hari itu, supaya tak susah dah lepas nie..selesai check up hampir jam 8 mlm..bergegas balik nak solat Maghrib. Malam tu pulak lepas Isyak ada ceramah di SRD. Dari siang tu rasa jauh disudut hati teringin nak pergi dengar. Almaklum tak pernah lg pergi mana2 ceramah PR sebelum nie..teringin nak dgr alang2 dah dekat..tak sedar diri tue dah tak sihat + penat ek..eheh..Alhamdulillah, nak seribu daya tak hendak seribu dalihnya kan? Dapat jugak pi ceramah tu. Tp lewat sikit keluar rumah jam 10 malam

..(memang rezki nak kena pergi sebab abg nak kena ambil motor nanti sapa nak bw balik kereta? Siang tadikan kami keluar rumah asing2)..

hujan renyai2 masa tue..Bawa Kaklong jer..Naufal kesian sgt dah kat dia. Terpaksa kami tinggalkan dgn makciknya (adik iparku-Hawa)..Baik sungguh makcik anak2 ku ini sebenarnya..bertuah diri ini sebenarnya…di saat2 kdg2 penin nak tinggal anak di mana apabila nak buat kerja ‘perjuangan’ pertolongan Allah sampai melalui bantuan adik & iparku ini..walaupun pertolongan kalian mgkin nampak kecil tp insyaAllah Pahala tetap kalian dpt sama wpun tak semestinya kena involve direct with kerja2 PR…mula2 dgr ceramah melalui dlm kereta jer..lepas hujan berhenti, terus pi depan padang & duduk sekali dgn hadirin hadirat yg hadir yg masih setia wpun hujan sedikit renyai tadi..

Nawwaratul pulak..hmm, seronoklah dia berlari2 bermain dgn kawan2 dia..Aisyah & abg Adam..Akhirnya selesai ceramah dlm jam 12 mlm..kami 3 beranak pun berangkat balik..

Alhamdulillah, selesai ‘berjuang’ dalam 1 hari…esok keje..Fizikal ku masih sakit + selesema belum kebah.

To be continue...

0 tuan penasihat: